Latar Belakang Koperasi

LATAR BELAKANG KOPERASI
Ditubuhkan pada awal tahun 1922 dan didaftarkan oleh Pendaftar, Sharikat2 Bekerjasama Negeri Melayu Bersekutu kawasan Jajahan Larut, Matang dan Selama, Encik Robert Boyd.  Dahulu dikenali dengan nama "The Government Servant Co-operative Thrift & Loan Society Ltd". Ianya wujud untuk melepaskan diri dari belenggu Pinjaman Ceti.
Lokasi Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Taiping Berhad terletak di Daerah Larut Matang & Selama beralamat di Wisma Koperasi 2, No. 91 & 93, Jalan Taman Kamunting Maju, Medan Saujana, 34600 Kamunting, Perak.
Keanggotaan Koperasi ini adalah di kalangan kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat swasta yang dahulunya kerajaan dan anggota yang telah bersara tetapi ingin meneruskan keanggotaan mereka. Keanggotaan awal penubuhan adalah lebih kurang 100 orang pada tahun 1922 dan telah meningkat sehingga 5,033 orang anggota.
MISI  
Melatih angota-anggota koperasi menjadi pemimpin yang komited dan berpengalaman dalam gerakan koperasi disamping menjadikan koperasi sebuah organisasi yang berdaya saing dan menggalakkan jumat-cermat.
VISI
Menjadikan Koperasi sebagai sebuah institusi yang memberikan perkhidmatan yang berkualiti disamping menjaga kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

Kelebihan Anggota

Kelebihan Anggota

Penafian

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.